Sabtu, 12 Mei 2018

POLIMER SEMULAJADI

4.6 Memahami polimer semulajadi
  • menyatakan maksud polimer, 
  • memberikan contoh- contoh polimer, 
  • menyatakan maksud monomer, 
  • memberikan contoh- contoh monomer, 
  • memerihalkan pempolimeran, 
  • memerihalkan penyahpolimeran, 
  • menyatakan maksud polimer semulajadi, 
  • memberikan contoh polimer semulajadi, 
  • menyatakan maksud polimer sintetik, 
  • memberikan contoh polimer sintetik, 
  • menyatakan ciri getah asli, 
  • menerangkan tindakan asid ke atas lateks, 
  • menerangkan tindakan larutan ammonia ke atas lateks, 
  • memerihalkan getah tervulkan,
menyatakan maksud polimer,

Polimer/ Polymer, Rantaian molekul panjang yang terdiri daripada molekulmolekul kecil yang bersambungan/ Long-chained molecules consisting of small interconnecting molecules

memberikan contoh- contoh polimer,

Jenis Polimer
Contoh
Monomer
Polimer Semulajadi
Protein
Asid amino
Kanji
Glukosa
Karbohidrat
Glukosa
Getah Asli
Isoprena
Selulosa
Glukosa
Kapas

Sutera

Polimer Sintetik
Polietena
Etena (Etilena)
Perspeks
Metil metakrilat
Getah Sintetik
Neoprena
Polistirena
Stirena
Polivinil klorida (PVC)
Kloroetena

menyatakan maksud monomer,

Monomer/ Monomer :- Molekul kecil yang bergabung untuk membentuk rantaian molekul panjang/ Small molecules that combine together to form long-chained molecules

memberikan contoh- contoh monomer,-

  • Asid amino
  • Glukosa
  • Isoprena
  • Etena (Etilena)
  • Metil metakrilat
  • Neoprena
  • Stirena
  • Kloroetena
memerihalkan pempolimeran, / memerihalkan penyahpolimeran;-

Pempolimeran/ Polymerisation
Proses penggabungan molekul-molekul kecil untuk membentuk rantaian molekul panjang Combination process of small molecules to form long chain molecules

Penyahpolimeran/ Depolymerisation
Proses penguraian molekul polimer kepada monomer-rmonomernya/ Decomposition process of polymer molecules into their monomers

Tujuan :

Mengkaji proses pempolimeran dan penyahpolimeran
To study the process of polymerisation and depolymerisation

Bahan dan Radas :

Tabung didih,tabung uji ,Salur penghantar, bikar,penunu Bunsen, kaki retort,serpihan perspeks, ais, air dan lauril peroksida.
Boiling tubes, test tube, delivery tube, beaker, Bunsen burner, retort stand, perspex chips, ice, water and lauroil peroxide.


  1. Sediakan radas sepertiyang ditunjukkan dalam rajah./ Set up the apparatus as shown in the diagram.
  2. Panaskan serpihan perspeks dengan berhati-hati. Kondensasikan wap yang terbebaske dalam tabung uji yang direndam dalam air sejuk./ Carefully heat the perspex chips. Condense the released vapour intotest tube soaked in cold water.
  3. Catatkan pemerhatian anda./ Record your observation.
  1. Tambahkan sedikit lauril peroksida ke dalam hasil sulingan yang diperoleh daripada aktivitiA Add a little lauroil peroxide into the distillate obtained from activityA.
  2. Rendamkan tabung uji tersebut ke dalam sebuah bikar yang mengandungi airbersuhu kira-kira 50°C. Soak the test tube into a beaker containing water at temperature approximately 50oC
  3. Catatkan pemerhatian anda. Record your observation.




Aktiviti / Activity
Pemerhatian / Observation
Pemanasan serpihan p erspeks / Heating of perspex chips Cecair tidak berwarna terhasil di dalam tabung uji./ A colourless liquid fotmed in the test tube

Penambahan lauril peroksida ke dalam hasil sulingan ./ Addition of lauroilperoxide intothedistillate

Satu pepejal lut sinar terbentuk
A transparent solid formed









PROSES PEMBUATAN SABUN

4.Menganalisa proses pembuatan sabun daripada minyak dan tindakan pencucian sabun

  • menyatakan minyak mengandungi asid lemak dan gliserol, 
  • memberikan satu contoh asid lemak, 
  • memerihalkan proses pembuatan sabun, 
  • menyatakan sabun sebagai garam yang dihasilkan daripada tindakbalas antara asid lemak dengan larutan natrium hidroksida, 
  • menyatakan ciri-ciri komponen molekul sabun, 
  • menerangkan tindakan pencucian sabun.

Lemak terdiri daripada kumpulan sebatian yang luas yang pada umumnya larut dalam pelarut organik dan biasanya tidak larut dalam air. Secara kimia, lemak merupakan gabungan tiga molekul gliserol dan asid lemak. Lemak mungkin membentuk pepejal atau cecair pada suhu bilik, bergantung kepada struktur dan komposisinya. Sungguhpun perkataan "minyak", "lemak", dan "lipid" kesemuanya digunakan bagi merujuk kepada lemak, "minyak" biasanya merujuk kepada lemak yang bersifat cecair pada suhu bilik normal, sementara "lemak" biasanya digunakan bagi merujuk kepada lemak yang bersifat pepejal pada suhu bilik norma.'

Asid Lemak:
Kehadiran asid lemak, boleh meningkatkan lagi kadar serapan vitamin larut lemak,walaubagaimanapun asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh badan,kerana "badan kita tidak mempunyai enzim untuk sintesis asid lemak ini..Asid lemak terkandung dalam jenis lemak tak tepu atau dikenali asid lemak perlu .Asid lemak perlu dikategori sebagai lemak baik kerana boleh mengurangkan paras kolestrol buruk (LDL),trigliserida dan jumlah kolestrol keseluruhan.

Apakah yang dimaksudkan dengan lemak dan kolesterol ?

1. Asid Lemak Tak Tepu
Asid lemak jenis ini adalah jenis lemak cair pada suhu bilik. Pengambilannya perlu dilebihkan dalam diet harian untuk :-
  • ·         membantu meningkatkan tahap kolesterol baik
  • ·         merendahkan tahap kolesterol jahat
  • ·         merendahkan tekanan darah tinggi
  • ·         merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.
Terdapat 2 jenis asid lemak tak tepu iaitu :-
  • Asid lemak mono tak tepu
  • Asid lemak poli tak tepu.
Sumber makanan yang mengandungi asid lemak tak tepu :-

i.  Asid lemak mono tak tepu :
ii.  Asid lemak poli tak tepu :
minyak sawit
minyak kanola
minyak zaitun
gajus
kacang tanah 
minyak jagung
minyak kacang soya
minyak biji bunga matahari
ikan laut dalam


Dengan menggunakan minyak sayur-sayuran dalam masakan, ia akan meningkatkan pengambilan asid lemak mono tak tepu dan poli tak tepu dalam diet harian.


Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik adalah dengan mencampurkan 2 jenis minyak. Sebagai contoh, 1 bahagian minyak sawit dengan 1 bahagian minyak kacang soya ( 1 : 1 ).

2. Asid Lemak Tepu
Asid lemak jenis ini akan menjadi pepejal pada suhu bilik.
Pengambilan perlu dihadkan kerana boleh menyumbang kepada :-
  • Berat badan berlebihan
  • Meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi banyak asid lemak tepu :-
  • Kulit ayam, lemak ayam dan daging.
  • Minyak kelapa, santan, minyak isirung sawit, minyak sapi dan mentega.
  • Produk tenusu tinggi lemak.
3. Kolesterol
Kolesterol merupakan bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Tahap kolesterol boleh dikenal pasti sebagai :
i) Tahap kolesterol baik
  • Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.
ii) Tahap kolesterol jahat
  • Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.
Sumber makanan yang mengandungi kolesterol :
  • Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan.
  • Kepala ikan bilis dan udang.
  • Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.
4. Asid Lemak Trans
Asid lemak jenis ini terhasil apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar kepada bentuk pepejal. Asid lemak trans biasanya terdapat dalam makanan segera atau makanan yang telah diproses untuk mengekalkan kesegaran produk makanan tersebut supaya berada di pasaran bagi tempoh yang lebih lama. 
-Pengambilannya perlu dihadkan kerana asid lemak trans dikaitkan dengan : -
  • Peningkatan tahap kolesterol jahat. 
  • Risiko kepada penyakit jantung. 
  • Peningkatan risiko sesetangah kanser. 
Sumber makanan yang mengandungi asid lemak trans :-
  • Marjerin dan lemak sayur-sayuran yang diperbuat daripada lemak yang dihidrogenkan atau dipejalkan. 
  • Makanan yang disediakan dengan minyak mono tak tepu atau minyak poli tak tepu. 
  • Contoh : makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak biji bunga matahari. 
  • Makanan terproses seperti : -
Makanan ringan : Kentang goreng, makanan segera yang mengandungi pewarna dan perasa tiruan.
Makanan sejuk beku : Nugget ayam bersalut, bebola makanan laut segera dan sosej segera.
Produk bakeri : Kek, donat, roti dan pastri.
Makanan yang bersalut tepung, digoreng dan ditumis dengan menggunakan banyak minyak.

Makanan yang mengandungi asid lemak
Pemakanan yang mengandungi asid lemak ini, seperti Asid lemak omega-3 boleh ditemui pada ikan, seperti salmon, tuna, dan halibut, makanan laut lain termasuk alga dan krill, dan minyak kacang. Ada tiga omega-3 asid lemak utama dalam diet manusia: ALA, EPA, dan DHA.

A.    SABUN

Pengenalan Sabun
Sabun merupakan bahan logam alkali dengan rantai Asid monocarboxylic yang panjang. Larutan alkali yang digunakan dalam pembuatan abun bergantung pada jenis sabun tersebut. Larutan alkali yang biasa yang digunakan pada sabun buku/ ketul adalah Natrium Hidroksida (NaOH) dan alkali yang biasa digunakan pada sabun cair adalah Kalium Hidroksida (KOH).



EKSPERIMEN 4.0 : SABUN DAN DETERGEN 

Sabun dapat disediakan dengan memanaskan bersama lemak atau minyak dengan alkali melalui proses saponifikasi. Proses saponifikasi ialah satu proses hidrolisis ester (minyak atau lemak) oleh alkali. Minyak tumbuhan yang biasa digunakan untuk pembuatan sabun ialah minyak sawit, minyak kelapa dan minyak zaitun. 


Tujuan :- Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi Pengenalan Sabun ialah garam yang terbentuk daripada tindak balas antara suatu alkali dengan suatu asid lemak, RCOOH. 

Sabun ialah; 

a) Garam natrium asid lemak jika alkali yang digunakan ialah natrium hidroksida 
b) Garam kalium asid lemak jika alkali yang digunakan ialah kalium hidroksida

  • Sabun dapat disediakan dengan memanaskan bersama lemak atau minyak dengan alkali melalui proses saponifikasi. 
  • Proses saponifikasi ialah satu proses hidrolisis (pemecahan) ester (minyak atau lemak) oleh alkali. 
  • Minyak tumbuhan yang biasa digunakan untuk pembuatan sabun ialah minyak sawit, minyak kelapa dan minyak zaitun. 
  • Pembuatan sabun dapat dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu 


a) Peringkat 1 

Kedua-dua bahagian molekul minyak atau lemak (ester) diasingkan dengan memanaskan minyak bersama larutan alkali melalui proses hidrolisis.
  1. Dalam proses ini, molekul minyak atau lemak (ester) dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol oleh air dengan kehadiran alkali sebagai mangkin.
b) Peringkat 2 

  1. Asid lemak yang terbebas dalam Peringkat 1 bertindak balas dengan alkali untuk membentuk garam natrium asid lemak iaitu sabun. 
  2. Asid lemak + natrium hidroksida → garam natrium asid lemak + air (alkali) (sabun)


Pada amnya, tindak balas pembuatan sabun diwakili dalam perkataan seperti berikut.

Minyak sayuran + natrium hidroksida → garam natrium asidlemak + gliserol
 (ester)                        (alkali)                             (sabun)                       (alkohol)

Jenis sabun yang hasilkan bergantung kepada jenis asid dan jenis alkali yang digunakan. 
  • Sabun yang terhasil dapat dimendak keluar dari campuran dengan menambahkan garam biasa iaitu natrium klorida. 
  • Natrium klorida ditambah untuk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air dan menyebabkannya terasing daripada larutan. 
  • Sabun yang terhasil dituras, ditulenkan, dan ditambah dengan bahan tambahan seperti enzim biologi, agen pemutih, bahan antiseptic, minyak wangi dan bahan pewarna. 
Terdapat dua jenis sabun:-

a) Sabun pepejal:-

  • Dibuat daripada natrium hidroksida dan asid karboksilik tepu yang terdapat dalam lemak haiwan. 
  • Digunakan untuk tujuan mandi dan membasuh pakaian 

b) Sabun cecair:-

  • Dibuat daripada kalium hidroksida dan asid karboksilik tak tepu yang terdapat dalam minyak tumbuhan seperti minyak kapas. 
  • Digunakan sebagai sabun cecair dank krim pencukur (lebih mahal)

Tindakan Pencucian Sabun

Sabun ialah agen pencuci yang digunakan untuk menanggalkan kotoran bahan organic. 
Apabila dicampurkan ke dalam air, molekul sabun akan tercerai kepada ion natrium (atau ion kalium) dan ion sabun (anion sabun). 

Ion sabun terdiri daripada dua bahagian iaitu :-
a) Bahagian kepala yang 
  1. Terdiri daripada bahagian anion 
  2. Bersifat ionik 
  3. Juga disebut bahagian hidrofilik 
  4. Larut dalam air 
b) Bahagian ekor yang 
  1. Terdiri daripada bahagian hidrokarbon (rantai hidrokarbon) 
  2. Merupakan molekul yang bersifat kovalen 
  3. Juga disebut bahagian hdrofobik 
  4. Larut dalam gris atau minyak (kotoran) 
Secara amnya, struktur ion sabun dapat diwakili oleh struktur dalam rajah di bawah.

Isnin, 7 Mei 2018

LEMAK DAN KESANNYA

4.3 Menganalisa lemak dan Kesannya kepada kesihatan
  • memberikan contoh lemak,
  • menyatakan sumber lemak,
  • menyatakan unsur-unsur yang terdapat dalam lemak,
  • menyatakan maksud lemak tepu,
  • menyatakan maksud lemak tak tepu,
  • membanding danmembezakan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu,
  • menerangkan dengan contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tepu ke atas kesihatan,
  • menerangkan dengan contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tak tepu ke atas kesihatan
4.3 Lemak dan Kesannya Terhadap Kesihatan

Lemak
  • Lemak ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
  • Lemak wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik dikenali sebagai minyak. Lemak tumbuhan biasanya wijud dalam bentuk cecair. Contoh minyak ialah minyak soya, minyak sayur, minyak zaitun dan minyak jagung.
  • Pepejal pada suhu bilik biasanya berasal daripada lemak haiwan. Contoh lemak ialah lemak dalam daging, mentega, minyak sapi, keju dan marjerin.
  • Lemak terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:- Lemak tepu dan  Lemak tak tepu

KELAPA SAWIT


4.2 Menganalisa kepelbagaian sebatian karbon
  • menyenaraikan kegunaan minyak kelapa sawit, 
  • menyenaraikan bahan berkhasiat yang terdapat dalam minyak kelapa sawit, 
  • memerihalkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan tempatan ke atas kelapa sawit, 
  • mencadangkan potensi kegunaan kelapa sawit.

Kelapa sawit

Link

Sejarah

Sawit atau kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada 1911-1912. Di Taman Botani Bogor terletak di Bogor di Indonesia terdapat pohon kelapa sawit tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. Dibina pada 1817, seluas 87 hektar hasil usaha Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman yang tergolong dalam 6,000 spesies.

Perladangan kelapa sawit di Malaysia


Industri sawit Malaysia bermula pada 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangorditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

Struktur Buah Sawit


Buah kelapa sawit terdiri dari 4 bahagian penting yang diantaranya adalah:

A. Buah: Minyak untuk produk makanan dan bukan makanan, baja, bahan api, papan gentian

  • a. Eksoskarp, bagian kulit buah berwarna kemerahan dan licin.
  • b. Mesoskarp, serabut buah yang mengandung banyak minyak.
  • c. Endoskarp, cangkang pelindung isi rung.
  • d. Isi Rung (kernel), adalah biji yang merupakan bagian dalam perbanyakan generatif tanaman.
1_BM
B. Batang: Perabot, dikitar semula sebagai bahan organik
C. Pelepah: Bahan makanan binatang, papan gentian, dikitar semula sebagai bahan organik.


Khasiat Minyak Sawit

Minyak sawit yang diekstrak daripada buah Elaeis guineensis adalah antara sumber asli vitamin E yang banyak, dengan komposisi kira-kira 30 peratus tokoferol dan selebihnya adalah tokotrienol. Minyak sawit memiliki kandungan tokotrienol yang tertinggi di kalangan tumbuh-tumbuhan selain minyak bran beras. Minyak sawit mentah boleh mengandungi tokotrienol setinggi 550mg/kg.

Tokotrienol adalah antioksidan yang lebih unggul berbanding tokoferol.Tokotrienol juga membantu merendahkan kolesterol. Ia dapat menembusi ke dalam tisu lapisan lemak tepu dengan lebih berkesan. Ini bermakna ia boleh melekat pada bahagian dalam membran sel dan melakukan aktiviti antioksidannya. Kajian juga melaporkan bahawa tokotrienol adalah antioksidan yang 40 hingga 60 kali lebih kuat daripada tokoferol.

Diantara kebaikan- kebaikan minyak sawit seperti berikut:-
  • Kesan perlindungan kardio
  • Kesihatan kulit
  • Ciri antikanser
  • Pelindung saraf semula jadi
  • Meningkatkan sistem Imunisasi
  • Mengelakkan penyakit rabun malam



Kegunaan Minyak Sawit

Tahukah anda, minyak sawit boleh didapati di sekeliling anda sekarang?
Ia wujud di dalam makanan seperti kek dan aiskrim.
Ia merupakan komponen penting di dalam sabun mandi dan syampu rambut.
Ia digunakan untuk membuat produk kosmetik.


Ia digunakan untuk memasak makanan yang enak.


Ia juga boleh didapati dalam dakwat dan cat.

Produk Makanan

Produk Makanan Food Products Minyak masak daripada sawit tidak meninggalkan rasa tidak menyenangkan pada masakan. Ia juga tidak melekat pada kuali atau periuk. 
Cooking oil made from palm oil does not leave any unpleasant taste in food. It also does not leave sticky residue on your pots and pans. 


Minyak sapi berasaskan minyak sawit menjadikan roti canai dan murtabak lebih lazat dan jauh lebih berkhasiat berbanding minyak sapi yang diperbuat daripada susu lembu.
Oil palm based vegetable ghee enhances the taste of your roti canai and murtabak. This ghee is more nutritious than ghee made from cow’s milk. 


Lemak gorengan industri daripada minyak sawit merupakan pilihan utama industri kerana ia stabil pada suhu tinggi. Minyak ini tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Ini memberi penjimatan kos kepada industri.
Industrial frying oil made from palm oil is the popular choice because it is stable at high temperatures. This stability enables a longer shelf life and high reusability. This allows the industry to keep its cost low
Marjerin daripada minyak sawit adalah yang terbaik kerana tidak perlu melalui proses penghidrogenan, yang menghasilkan lemak trans.
Margarine made from palm oil is the best margarine because it does not need to undergo the hydrogenation process which produces trans fat.


Lelemak dan adunan lelemak daripada minyak sawit sering digunakan dalam pembuatan kek kerana ia tidak mudah cair. Ia juga memberi rasa berkrim pada aiskrim dan coklat.
Fats and fat blends made from palm oil are used to make cakes since it does not melt easily. It also gives the creamy taste in ice creams and chocolates

Produk Bukan Makanan
Saya juga boleh didapati di dalam produk bukan makanan. Saya dan sepupu saya, Sirung digunakan untuk membuat pelbagai produk berasaskan oleokimia seperti: I am also used in many non-food products. My cousin, Sirung and I, are used to make olechemical-based products such as:
Produk Penjagaan Peribadi dan Kosmetik
Produk Penjagaan Peribadi dan Kosmetik. Personal Care Products and Cosmetics gincu bibir, sabun, syampu, perapi rambut, ubat gigi, deodoran lipstick, soap, shampoo, hair conditioner, toothpaste, deodoran
Produk Pembersih Rumah
Produk Pembersih Rumah 14 Household Cleaning Products sabun pencuci pakaian, pelembut fabrik, bahan pencuci rumah laundry detergents, fabric softeners, household detergents
    Produk Perindustrian
    Produk Perindustrian, Industrial Products dakwat pencetak, cat, racun serangga printing ink, paints, pesticides

    SAYA MESRA ALAM SEKITAR I AM ENVIRONMENTAL FRIENDLY

    Penanaman pokok sawit yang pesat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Ladangladang sawit ini diusahakan mengikut prosedur pertanian lestari bagi mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar. Usaha untuk mengurangkan gangguan terhadap alam sekitar sentiasa dijalankan. 
    Palm oil plantations are contributing immensely to the country’s economic growth. These palm oil plantations are managed under sustainable agricultural practices to reduce the harmful effects on the environment. The efforts to lesson the environmental effects are ongoing. 

    Dianggarkan 16% tanah di Malaysia digunakan untuk menanam pokok sawit. An estimated 16% of Malaysian land is used for the cultivation of palm oil plantations

    Tahukah kawan-kawan, keluarga saya amatlah produktif. Kami berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi, iaitu 10 kali ganda lebih minyak bagi setiap hektar tanah, berbanding tanaman minyak sayuran yang lain. 
    Did you know? My family members are productive. We are able to produce 10 times more oil per hectare of land, compared to other oil producers. 

    Penyelidikan dan pembangunan sentiasa dijalankan supaya hasil pengeluaran pokok sawit boleh dipertingkatkan lagi. Sekarang, satu hektar tanaman sawit boleh menghasilkan 3 hingga 4 tan tandan buah sawit. Misi penyelidikan adalah untuk menghasilkan 6 tan buah sawit setiap hektar menjelang tahun 2020!
    Research and development continue in the hope that palm oil production can be further increased, so that the produce of 3 to 4 tonnes of palm oil fruit per hectare per year can be increased to 6 tonnes by the year 2020!

    Apabila ahli keluarga S. Awit sudah tua, mereka akan ditebang dan batang pokok akan dipotong-potong sebelum dibiarkan mereput. Penguraian batang pokok akan mengembalikan bahan organik kepada tanah dan melengkapkan kitar nutrien. Selain itu, batang-batang ini juga boleh dijadikan perabot. 
    When the members of my family grow old, they will be cut down and their trunks will be cut up and left to decompose. Decomposition will restore organic matter to the soil and complete the soil nutrient cycles. These trunks can also be made into furniture. 

    Amalan Pertanian Baik (APB) sentiasa dilaksanakan di Malaysia. Hal ini menjadikan industri minyak sawit tempatan berjaya mencapai standard kecemerlangan yang tinggi berbanding negara lain. 
    Good Agricultural Practices (GAP) are always implemented in Malaysia, making the local palm oil industry a standard of excellence for other agricultural countries

    PROSES PERMULAAN PENANAMAN KELAPA SAWIT

    Pokok sawit hidup dengan subur di Malaysia yang bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk membesar dengan sempurna dan mengeluarkan hasil yang banyak.
    Untuk menghasilkan minyak sawit yang berkualiti, langkah- langkah berikut perlu diambil.
    Hanya benih sawit yang terbaik sahaja dipilih untuk disemai. 

    Benih sawit yang disemai akan dipindahkan ke dalam polibeg di tapak semaian selama 12 hingga 15 bulan.
    Anak-anak pokok sawit yang sihat dan sempurna sahaja akan dipindahkan ke ladang.

    Langkah berjaga-jaga sentiasa diambil untuk mencegah serangan serangga perosak dan penyakit ke atas pokok- pokok sawit di ladang.

    Pokok sawit mula berbuah 30 bulan selepas dipindahkan ke ladang. Pokok-pokok ini terus berbuah selama 20 hingga 30 tahun, sebelum digantikan dengan pokok-pokok yang baru.

    PEMPROSESAN BUAH KELAPA SAWIT

    Buah Tandan Segar (BTS)
    Hanya buah yang telah masak sahaja yang potong. Ini kerana hanya buah yg masak mempunyai kadar perahan yang tinggi.

    BTS dibawa ke kilang sawit.
    Btb akan dibawa ke kilang pada hari yang sama dgn hari btb di tuai dari pokok. Ini kerana Btb akan menjadi berasid jika tidak diproses dgn segera, ini akan mengurangkan kualiti minyak sawit.

    PENGREADAN
    Buah sawit akan digredkan dahulu oleh greader, bagi memastikan buah yang dihantar ke kilang adalah yang benar- benar telah masak dan sesuai untuk dibuat perahan.


    PENSTERILAN
    BTS diletakkan ke dalam bekas/ gerabak logam sebelum dimasukkan ke dalam alat pensterilan. Proses ini dilakukan untuk meneutralkan enzim dan melembutkan buah supaya senang buah sawit lerai dari tandan sawit. Pennsterilan juga dapat membunuh mikroorganisma.


    BTS yang dikeluarkan dari mesin.


    PENANGGALAN
    BTS dimasukkan ke dalam mesin pemisah. Buah sawit akan terpisah dari tandannya. Btb yg telah dipanaskan akan menjadi lembut dan senang untuk dileraikan dar tandan sawit. 

    PENCERNAAN/ PENGHANCUAN
    Buah kelapa sawit akan dihancurkan dan dicernakan oleh mesin pencernaan yang mempunyai bilah tajam yang berputar. Tindakan bilah yang berputar ini akan memisahkan bahagian sabut dengan tempurung dari isirung.


    PROSES PENAPISAN MINYAK KELAPA SAWIT

    Buah akan dipanaskan dan eksokarpa (kulit) akan dihancurkan dalam mesin penghancuran. Mesokorpa akan dipisahkan daripada endokarpa dan isirung.

    PEMERAHAN
    Mesokarpa akan diperah untuk mengeluarkan minyak sawit mentah dalam mesin pengekstrakan. Isirung diasingkan daripada endokarpa sebelum minyak isirung mentah diekstrak.



    PENJERNIHAN & PENULENAN
    Bahan pepejal terampai dan kekeruhan akan dibuang semasa proses penjernihan. Minyak kelapa sawit mentah yang mengandungi air, bahan serat dan bahan sampingan perlu dituras dan dirawat terlebih dahulu dengan menggunakn asid fosforik untuk menghilankan kotoran. Steam kemudian dialirkan melalui minyak untuk menyingkirkan asid yang boleh minyak berasa masam. Minyak sawit dialirkan melalui karbon teraktif untuk menyingkirkan warna.


    PENAPISAN & PEMECAHAN

    Minyak sawit mentah ditapis dan membentuk minyak yang diluntur dan dinyah bau. Pengasingan memisahkan olein dan stearin.












































































    Bahan Pembelajaran dan Pemudah Caraan

    POLIMER SEMULAJADI