Sabtu, 12 Mei 2018

PROSES PEMBUATAN SABUN

4.Menganalisa proses pembuatan sabun daripada minyak dan tindakan pencucian sabun

  • menyatakan minyak mengandungi asid lemak dan gliserol, 
  • memberikan satu contoh asid lemak, 
  • memerihalkan proses pembuatan sabun, 
  • menyatakan sabun sebagai garam yang dihasilkan daripada tindakbalas antara asid lemak dengan larutan natrium hidroksida, 
  • menyatakan ciri-ciri komponen molekul sabun, 
  • menerangkan tindakan pencucian sabun.

Lemak terdiri daripada kumpulan sebatian yang luas yang pada umumnya larut dalam pelarut organik dan biasanya tidak larut dalam air. Secara kimia, lemak merupakan gabungan tiga molekul gliserol dan asid lemak. Lemak mungkin membentuk pepejal atau cecair pada suhu bilik, bergantung kepada struktur dan komposisinya. Sungguhpun perkataan "minyak", "lemak", dan "lipid" kesemuanya digunakan bagi merujuk kepada lemak, "minyak" biasanya merujuk kepada lemak yang bersifat cecair pada suhu bilik normal, sementara "lemak" biasanya digunakan bagi merujuk kepada lemak yang bersifat pepejal pada suhu bilik norma.'

Asid Lemak:
Kehadiran asid lemak, boleh meningkatkan lagi kadar serapan vitamin larut lemak,walaubagaimanapun asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh badan,kerana "badan kita tidak mempunyai enzim untuk sintesis asid lemak ini..Asid lemak terkandung dalam jenis lemak tak tepu atau dikenali asid lemak perlu .Asid lemak perlu dikategori sebagai lemak baik kerana boleh mengurangkan paras kolestrol buruk (LDL),trigliserida dan jumlah kolestrol keseluruhan.

Apakah yang dimaksudkan dengan lemak dan kolesterol ?

1. Asid Lemak Tak Tepu
Asid lemak jenis ini adalah jenis lemak cair pada suhu bilik. Pengambilannya perlu dilebihkan dalam diet harian untuk :-
  • ·         membantu meningkatkan tahap kolesterol baik
  • ·         merendahkan tahap kolesterol jahat
  • ·         merendahkan tekanan darah tinggi
  • ·         merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.
Terdapat 2 jenis asid lemak tak tepu iaitu :-
  • Asid lemak mono tak tepu
  • Asid lemak poli tak tepu.
Sumber makanan yang mengandungi asid lemak tak tepu :-

i.  Asid lemak mono tak tepu :
ii.  Asid lemak poli tak tepu :
minyak sawit
minyak kanola
minyak zaitun
gajus
kacang tanah 
minyak jagung
minyak kacang soya
minyak biji bunga matahari
ikan laut dalam


Dengan menggunakan minyak sayur-sayuran dalam masakan, ia akan meningkatkan pengambilan asid lemak mono tak tepu dan poli tak tepu dalam diet harian.


Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik adalah dengan mencampurkan 2 jenis minyak. Sebagai contoh, 1 bahagian minyak sawit dengan 1 bahagian minyak kacang soya ( 1 : 1 ).

2. Asid Lemak Tepu
Asid lemak jenis ini akan menjadi pepejal pada suhu bilik.
Pengambilan perlu dihadkan kerana boleh menyumbang kepada :-
  • Berat badan berlebihan
  • Meningkatkan tahap kolesterol jahat dalam darah.
Sumber makanan yang mengandungi banyak asid lemak tepu :-
  • Kulit ayam, lemak ayam dan daging.
  • Minyak kelapa, santan, minyak isirung sawit, minyak sapi dan mentega.
  • Produk tenusu tinggi lemak.
3. Kolesterol
Kolesterol merupakan bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung.

Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Tahap kolesterol boleh dikenal pasti sebagai :
i) Tahap kolesterol baik
  • Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.
ii) Tahap kolesterol jahat
  • Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik.
Pengambilan makanan tinggi kolesterol boleh meningkatkan tahap kolesterol jahat.
Sumber makanan yang mengandungi kolesterol :
  • Organ dalaman seperti otak, jantung, limpa, buah pinggang, hati dan telur ikan.
  • Kepala ikan bilis dan udang.
  • Telur dan produk yang mengandungi telur, contohnya mayonis.
4. Asid Lemak Trans
Asid lemak jenis ini terhasil apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar kepada bentuk pepejal. Asid lemak trans biasanya terdapat dalam makanan segera atau makanan yang telah diproses untuk mengekalkan kesegaran produk makanan tersebut supaya berada di pasaran bagi tempoh yang lebih lama. 
-Pengambilannya perlu dihadkan kerana asid lemak trans dikaitkan dengan : -
  • Peningkatan tahap kolesterol jahat. 
  • Risiko kepada penyakit jantung. 
  • Peningkatan risiko sesetangah kanser. 
Sumber makanan yang mengandungi asid lemak trans :-
  • Marjerin dan lemak sayur-sayuran yang diperbuat daripada lemak yang dihidrogenkan atau dipejalkan. 
  • Makanan yang disediakan dengan minyak mono tak tepu atau minyak poli tak tepu. 
  • Contoh : makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak biji bunga matahari. 
  • Makanan terproses seperti : -
Makanan ringan : Kentang goreng, makanan segera yang mengandungi pewarna dan perasa tiruan.
Makanan sejuk beku : Nugget ayam bersalut, bebola makanan laut segera dan sosej segera.
Produk bakeri : Kek, donat, roti dan pastri.
Makanan yang bersalut tepung, digoreng dan ditumis dengan menggunakan banyak minyak.

Makanan yang mengandungi asid lemak
Pemakanan yang mengandungi asid lemak ini, seperti Asid lemak omega-3 boleh ditemui pada ikan, seperti salmon, tuna, dan halibut, makanan laut lain termasuk alga dan krill, dan minyak kacang. Ada tiga omega-3 asid lemak utama dalam diet manusia: ALA, EPA, dan DHA.

A.    SABUN

Pengenalan Sabun
Sabun merupakan bahan logam alkali dengan rantai Asid monocarboxylic yang panjang. Larutan alkali yang digunakan dalam pembuatan abun bergantung pada jenis sabun tersebut. Larutan alkali yang biasa yang digunakan pada sabun buku/ ketul adalah Natrium Hidroksida (NaOH) dan alkali yang biasa digunakan pada sabun cair adalah Kalium Hidroksida (KOH).



EKSPERIMEN 4.0 : SABUN DAN DETERGEN 

Sabun dapat disediakan dengan memanaskan bersama lemak atau minyak dengan alkali melalui proses saponifikasi. Proses saponifikasi ialah satu proses hidrolisis ester (minyak atau lemak) oleh alkali. Minyak tumbuhan yang biasa digunakan untuk pembuatan sabun ialah minyak sawit, minyak kelapa dan minyak zaitun. 


Tujuan :- Menyediakan sabun melalui proses saponifikasi Pengenalan Sabun ialah garam yang terbentuk daripada tindak balas antara suatu alkali dengan suatu asid lemak, RCOOH. 

Sabun ialah; 

a) Garam natrium asid lemak jika alkali yang digunakan ialah natrium hidroksida 
b) Garam kalium asid lemak jika alkali yang digunakan ialah kalium hidroksida

  • Sabun dapat disediakan dengan memanaskan bersama lemak atau minyak dengan alkali melalui proses saponifikasi. 
  • Proses saponifikasi ialah satu proses hidrolisis (pemecahan) ester (minyak atau lemak) oleh alkali. 
  • Minyak tumbuhan yang biasa digunakan untuk pembuatan sabun ialah minyak sawit, minyak kelapa dan minyak zaitun. 
  • Pembuatan sabun dapat dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu 


a) Peringkat 1 

Kedua-dua bahagian molekul minyak atau lemak (ester) diasingkan dengan memanaskan minyak bersama larutan alkali melalui proses hidrolisis.
  1. Dalam proses ini, molekul minyak atau lemak (ester) dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol oleh air dengan kehadiran alkali sebagai mangkin.
b) Peringkat 2 

  1. Asid lemak yang terbebas dalam Peringkat 1 bertindak balas dengan alkali untuk membentuk garam natrium asid lemak iaitu sabun. 
  2. Asid lemak + natrium hidroksida → garam natrium asid lemak + air (alkali) (sabun)


Pada amnya, tindak balas pembuatan sabun diwakili dalam perkataan seperti berikut.

Minyak sayuran + natrium hidroksida → garam natrium asidlemak + gliserol
 (ester)                        (alkali)                             (sabun)                       (alkohol)

Jenis sabun yang hasilkan bergantung kepada jenis asid dan jenis alkali yang digunakan. 
  • Sabun yang terhasil dapat dimendak keluar dari campuran dengan menambahkan garam biasa iaitu natrium klorida. 
  • Natrium klorida ditambah untuk mengurangkan keterlarutan sabun dalam air dan menyebabkannya terasing daripada larutan. 
  • Sabun yang terhasil dituras, ditulenkan, dan ditambah dengan bahan tambahan seperti enzim biologi, agen pemutih, bahan antiseptic, minyak wangi dan bahan pewarna. 
Terdapat dua jenis sabun:-

a) Sabun pepejal:-

  • Dibuat daripada natrium hidroksida dan asid karboksilik tepu yang terdapat dalam lemak haiwan. 
  • Digunakan untuk tujuan mandi dan membasuh pakaian 

b) Sabun cecair:-

  • Dibuat daripada kalium hidroksida dan asid karboksilik tak tepu yang terdapat dalam minyak tumbuhan seperti minyak kapas. 
  • Digunakan sebagai sabun cecair dank krim pencukur (lebih mahal)

Tindakan Pencucian Sabun

Sabun ialah agen pencuci yang digunakan untuk menanggalkan kotoran bahan organic. 
Apabila dicampurkan ke dalam air, molekul sabun akan tercerai kepada ion natrium (atau ion kalium) dan ion sabun (anion sabun). 

Ion sabun terdiri daripada dua bahagian iaitu :-
a) Bahagian kepala yang 
  1. Terdiri daripada bahagian anion 
  2. Bersifat ionik 
  3. Juga disebut bahagian hidrofilik 
  4. Larut dalam air 
b) Bahagian ekor yang 
  1. Terdiri daripada bahagian hidrokarbon (rantai hidrokarbon) 
  2. Merupakan molekul yang bersifat kovalen 
  3. Juga disebut bahagian hdrofobik 
  4. Larut dalam gris atau minyak (kotoran) 
Secara amnya, struktur ion sabun dapat diwakili oleh struktur dalam rajah di bawah.

11 ulasan:

  1. Apakah tujuan serbuk natrium klorida masukkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tujuannya adalah utk memendakkan sabun cecair kpd sabun pepejal yg lembut

      Padam
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    BalasPadam
  3. Apa tujuan air suling dijadikan sebagai bahan dalam pembuatan sabun?

    BalasPadam
  4. bolehkah sabun dihasilkan melalui hidrolisis lemak atau minyak di bawah keadaan berasid?

    BalasPadam
  5. % guna bahan bagi penghasilan sabun mandi.

    BalasPadam

Bahan Pembelajaran dan Pemudah Caraan

POLIMER SEMULAJADI