Khamis, 3 Mei 2018

JIRIM DALAM ALAM

TEMA: JIRIM DALAM ALAM / BIDANG PEMBELAJARAN : 1. SEBATIAN KARBON
Bab 4.0 Sebatian Karbon
4.1 Menganalisa kepelbagaian sebatian karbon


  • menyatakan maksud sebatian karbon, 
  • menyatakan maksud sebatian organik,
  • memberikan contoh sebatian organik,
  • menyatakan maksud sebatian bukan organik,
  • memberikan contoh sebatian bukan organik,
  • membanding dan membezakan sebatian organik dengan sebatian bukan organik,
  • mengelaskan bahan kepada bahan organik dan bukan organik,
  • menyatakan maksud hidrokarbon,
  • menyenaraikan sumber hidrokarbon.
    Maksud sebatian karbon
    Sebatian karbon (carbon compounds) merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai unsur juzuknya (constituents).Sebatian karbon (carbon compound) terbentuk daripada kombinasi kimia atom karbon dengan satu atau lebih unsur-unsur atom lain. Sebatian karbon wujud di sekeliling kita. Sebatian karbon secara umumnya dikelaskan kepada dua, iaitu sebatian organik (organic compounds) dan sebatian tak organik (inorganic compounds).

    Maksud sebatian organik
    Maksud sebatian organik, ialah uatu sebatian organik adalah apa-apa unsur dari kalangan bahan seperti  gas, cecair, atau pepejal yang mana molekul mengandungi karbon.


    Metana adalah salah satu daripada sebatian organik yang paling mudah 
    1. Sebatian karbon organik
    Sebatian yang mempunyai gabungan karbon dengan unsur-unsur lain dan biasanya terdapat dalam organisma hidup. Unsur-unsur yang wujud dalam sebatian karbon organik termasuklah karbon, hidrogen, oksigen, sulfur dan fosforus. Sebagai contoh, karbohidrat dan protein. Semua hidupan dan fosil bahan api mengandungi sebatian karbon organik.
    • Protein haiwan, sutera, keju, susu, mentega dan kulit yang berasal dari haiwan.
    • Protein tumbuhan, beras, kayu, kapas dan getah yang berasal dari tumbuh-tumbuhan.
    2. Sebatian karbon bukan organik
    Sebatian yang mempunyai gabungan karbon dengan atom- atom unsur lain tetapi tidak terdapat dalam organisma hidup. Sebatian ini biasanya diekstrak daripada garam mineral Bumi. Sebatian karbon tidak organik boleh dibahagi kepada sebatian logam dan sebatian bukan logam. Contoh sebatian karbon tidak organik ialah natrium karbonat, air kapur, karbon monoksida dan karbon dioksida.

    Contoh lain karbon tidak organik:-
    • Karbon monoksida, CO
    • Karbon dioksida, CO2
    • Karbon disulfida, CS2
    • Sebatian karonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO3, dan natrium bikarbonat, NaHCO3.
    • Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca2C.
    • Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat, NaSCN

    3. Persamaan dan Perbezaan Karbon organik & Karbon bukan organik
    Ciri-ciri
    Sebatian karbon organik
    Sebatian karbon tak organik
    Kandungan utama
    Unsur karbon
    Berasal dari hidupan
    Ya
    Tidak
    Menghasilkan karbon dioksida ketika pembakaran
    Ya
    Tidak, kecuali sebatian karbonat
    Saiz molekul atau sebatian
    Biasanya besar
    Kecil
    Keterlarutan
    Larut di dalam pelarut organik seperti alkohol
    Larut dalam pelarut tak organik seperti air
    Contoh
    Kanji
    Karbon dioksida

    Hidrokarbon
    Hidrokarbon (hydrocarbon) adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan unsur hidrogen sahaja. Atom karbon dan atom hidrogen dalam sebatian hidrokarbon diikat bersama-sama melalui ikatan kovalen (covalent bonds).Dalam kimiahidrokarbon merupakan sebatian kimia yang mengandungi hanya karbon (C) dan hidrogen (H). Ia semua mengandungi rangka tunjang karbon dan atom hidrogen melekat pada rangka tunjang tersebut

    Sebagai contoh,  metana ialah hidrokarbon dengan satu atom karbon dan empat atom hidrogen: CH4. Etana ialah hidrokarbon (lebih khusus lagi, alkana mengandungi dua atam karbon diikat dengan satu ikatan tunggal, setiap atom karbon terikat pada tiga atom hidrogen: C2H6. Propana mempunyai tiga atom karbon 'C' (C3H8) dan seterusnya (CnH2·n+2).

    Hidrokarbon merupakan sumber ekonomi penting kerana ia merangkumi keseluruhan sumber bahan api fosil seperti, arang batupetroleumgas asli, dan bahan api bio, termasuk juga plastiklilinpelarut dan minyak. Dalam pencemaran bandar, komponen ini–bersama dengan NOx dan cahaya matahari–kesemuanya menyumbang kepada pembentukan ozon troposferik.

    4.2 Menganalisa kepelbagaian sebatian karbon
    • menyenaraikan kegunaan minyak kelapa sawit, 
    • menyenaraikan bahan berkhasiat yang terdapat dalam minyak kelapa sawit, 
    • memerihalkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan tempatan ke atas kelapa sawit, 
    • mencadangkan potensi kegunaan kelapa sawit.


    Kelapa sawit

    Link

    Sejarah

    Sawit atau kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat. Industri sawit Malaysia dan Indonesia bermula apabila empat anak benih dari Afrika ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia pada 1848. Benihnya dari Bogor ini kemudiannya ditanam di tepi-tepi jalan sebagai tanaman hiasan di Deli, Sumatera pada 1870-an dan di Rantau Panjang, Kuala Selangor pada 1911-1912. Di Taman Botani Bogor terletak di Bogor di Indonesia terdapat pohon kelapa sawit tertua di Asia Tenggara yang berasal dari Afrika. Dibina pada 1817, seluas 87 hektar hasil usaha Prof. Dr. Reinwadt, ahli botani Belanda. Terdapat 20,000 tanaman yang tergolong dalam 6,000 spesies.

    Perladangan kelapa sawit di Malaysia

    Industri sawit Malaysia bermula pada 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang. Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah tenera. Penanaman ladang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.

    Struktur Buah Sawit


    Buah kelapa sawit terdiri dari 4 bahagian penting yang diantaranya adalah:

    A. Buah: Minyak untuk produk makanan dan bukan makanan, baja, bahan api, papan gentian

    • a. Eksoskarp, bagian kulit buah berwarna kemerahan dan licin.
    • b. Mesoskarp, serabut buah yang mengandung banyak minyak.
    • c. Endoskarp, cangkang pelindung isi rung.
    • d. Isi Rung (kernel), adalah biji yang merupakan bagian dalam perbanyakan generatif tanaman.
    1_BM
    B. Batang: Perabot, dikitar semula sebagai bahan organik
    C. Pelepah: Bahan makanan binatang, papan gentian, dikitar semula sebagai bahan organik.


    Khasiat Minyak Sawit

    Minyak sawit yang diekstrak daripada buah Elaeis guineensis adalah antara sumber asli vitamin E yang banyak, dengan komposisi kira-kira 30 peratus tokoferol dan selebihnya adalah tokotrienol. Minyak sawit memiliki kandungan tokotrienol yang tertinggi di kalangan tumbuh-tumbuhan selain minyak bran beras. Minyak sawit mentah boleh mengandungi tokotrienol setinggi 550mg/kg.

    Tokotrienol adalah antioksidan yang lebih unggul berbanding tokoferol.Tokotrienol juga membantu merendahkan kolesterol. Ia dapat menembusi ke dalam tisu lapisan lemak tepu dengan lebih berkesan. Ini bermakna ia boleh melekat pada bahagian dalam membran sel dan melakukan aktiviti antioksidannya. Kajian juga melaporkan bahawa tokotrienol adalah antioksidan yang 40 hingga 60 kali lebih kuat daripada tokoferol.

    Diantara kebaikan- kebaikan minyak sawit seperti berikut:-
    • Kesan perlindungan kardio
    • Kesihatan kulit
    • Ciri antikanser
    • Pelindung saraf semula jadi
    • Meningkatkan sistem Imunisasi
    • Mengelakkan penyakit rabun malam



    Kegunaan Minyak Sawit

    Tahukah anda, minyak sawit boleh didapati di sekeliling anda sekarang?
    Ia wujud di dalam makanan seperti kek dan aiskrim.
    Ia merupakan komponen penting di dalam sabun mandi dan syampu rambut.
    Ia digunakan untuk membuat produk kosmetik.


    Ia digunakan untuk memasak makanan yang enak.


    Ia juga boleh didapati dalam dakwat dan cat.

    Produk Makanan

    Produk Makanan Food Products Minyak masak daripada sawit tidak meninggalkan rasa tidak menyenangkan pada masakan. Ia juga tidak melekat pada kuali atau periuk. 
    Cooking oil made from palm oil does not leave any unpleasant taste in food. It also does not leave sticky residue on your pots and pans. 


    Minyak sapi berasaskan minyak sawit menjadikan roti canai dan murtabak lebih lazat dan jauh lebih berkhasiat berbanding minyak sapi yang diperbuat daripada susu lembu.
    Oil palm based vegetable ghee enhances the taste of your roti canai and murtabak. This ghee is more nutritious than ghee made from cow’s milk. 


    Lemak gorengan industri daripada minyak sawit merupakan pilihan utama industri kerana ia stabil pada suhu tinggi. Minyak ini tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Ini memberi penjimatan kos kepada industri.
    Industrial frying oil made from palm oil is the popular choice because it is stable at high temperatures. This stability enables a longer shelf life and high reusability. This allows the industry to keep its cost low
    Marjerin daripada minyak sawit adalah yang terbaik kerana tidak perlu melalui proses penghidrogenan, yang menghasilkan lemak trans.
    Margarine made from palm oil is the best margarine because it does not need to undergo the hydrogenation process which produces trans fat.


    Lelemak dan adunan lelemak daripada minyak sawit sering digunakan dalam pembuatan kek kerana ia tidak mudah cair. Ia juga memberi rasa berkrim pada aiskrim dan coklat.
    Fats and fat blends made from palm oil are used to make cakes since it does not melt easily. It also gives the creamy taste in ice creams and chocolates

    Produk Bukan Makanan
    Saya juga boleh didapati di dalam produk bukan makanan. Saya dan sepupu saya, Sirung digunakan untuk membuat pelbagai produk berasaskan oleokimia seperti: I am also used in many non-food products. My cousin, Sirung and I, are used to make olechemical-based products such as:
    Produk Penjagaan Peribadi dan Kosmetik
    Produk Penjagaan Peribadi dan Kosmetik. Personal Care Products and Cosmetics gincu bibir, sabun, syampu, perapi rambut, ubat gigi, deodoran lipstick, soap, shampoo, hair conditioner, toothpaste, deodoran
    Produk Pembersih Rumah
    Produk Pembersih Rumah 14 Household Cleaning Products sabun pencuci pakaian, pelembut fabrik, bahan pencuci rumah laundry detergents, fabric softeners, household detergents
    Produk Perindustrian
    Produk Perindustrian, Industrial Products dakwat pencetak, cat, racun serangga printing ink, paints, pesticides

    SAYA MESRA ALAM SEKITAR I AM ENVIRONMENTAL FRIENDLY

    Penanaman pokok sawit yang pesat membantu pertumbuhan ekonomi negara. Ladangladang sawit ini diusahakan mengikut prosedur pertanian lestari bagi mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar. Usaha untuk mengurangkan gangguan terhadap alam sekitar sentiasa dijalankan. 
    Palm oil plantations are contributing immensely to the country’s economic growth. These palm oil plantations are managed under sustainable agricultural practices to reduce the harmful effects on the environment. The efforts to lesson the environmental effects are ongoing. 

    Dianggarkan 16% tanah di Malaysia digunakan untuk menanam pokok sawit. An estimated 16% of Malaysian land is used for the cultivation of palm oil plantations

    Tahukah kawan-kawan, keluarga saya amatlah produktif. Kami berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi, iaitu 10 kali ganda lebih minyak bagi setiap hektar tanah, berbanding tanaman minyak sayuran yang lain. 
    Did you know? My family members are productive. We are able to produce 10 times more oil per hectare of land, compared to other oil producers. 

    Penyelidikan dan pembangunan sentiasa dijalankan supaya hasil pengeluaran pokok sawit boleh dipertingkatkan lagi. Sekarang, satu hektar tanaman sawit boleh menghasilkan 3 hingga 4 tan tandan buah sawit. Misi penyelidikan adalah untuk menghasilkan 6 tan buah sawit setiap hektar menjelang tahun 2020!
    Research and development continue in the hope that palm oil production can be further increased, so that the produce of 3 to 4 tonnes of palm oil fruit per hectare per year can be increased to 6 tonnes by the year 2020!

    Apabila ahli keluarga S. Awit sudah tua, mereka akan ditebang dan batang pokok akan dipotong-potong sebelum dibiarkan mereput. Penguraian batang pokok akan mengembalikan bahan organik kepada tanah dan melengkapkan kitar nutrien. Selain itu, batang-batang ini juga boleh dijadikan perabot. 
    When the members of my family grow old, they will be cut down and their trunks will be cut up and left to decompose. Decomposition will restore organic matter to the soil and complete the soil nutrient cycles. These trunks can also be made into furniture. 

    Amalan Pertanian Baik (APB) sentiasa dilaksanakan di Malaysia. Hal ini menjadikan industri minyak sawit tempatan berjaya mencapai standard kecemerlangan yang tinggi berbanding negara lain. 
    Good Agricultural Practices (GAP) are always implemented in Malaysia, making the local palm oil industry a standard of excellence for other agricultural countries

    PROSES PERMULAAN PENANAMAN KELAPA SAWIT

    Pokok sawit hidup dengan subur di Malaysia yang bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk membesar dengan sempurna dan mengeluarkan hasil yang banyak.
    Untuk menghasilkan minyak sawit yang berkualiti, langkah- langkah berikut perlu diambil.
    Hanya benih sawit yang terbaik sahaja dipilih untuk disemai. 

    Benih sawit yang disemai akan dipindahkan ke dalam polibeg di tapak semaian selama 12 hingga 15 bulan.
    Anak-anak pokok sawit yang sihat dan sempurna sahaja akan dipindahkan ke ladang.

    Langkah berjaga-jaga sentiasa diambil untuk mencegah serangan serangga perosak dan penyakit ke atas pokok- pokok sawit di ladang.

    Pokok sawit mula berbuah 30 bulan selepas dipindahkan ke ladang. Pokok-pokok ini terus berbuah selama 20 hingga 30 tahun, sebelum digantikan dengan pokok-pokok yang baru.

    PEMPROSESAN BUAH KELAPA SAWIT

    Buah Tandan Segar (BTS)
    Hanya buah yang telah masak sahaja yang potong. Ini kerana hanya buah yg masak mempunyai kadar perahan yang tinggi.

    BTS dibawa ke kilang sawit.
    Btb akan dibawa ke kilang pada hari yang sama dgn hari btb di tuai dari pokok. Ini kerana Btb akan menjadi berasid jika tidak diproses dgn segera, ini akan mengurangkan kualiti minyak sawit.

    PENGREADAN
    Buah sawit akan digredkan dahulu oleh greader, bagi memastikan buah yang dihantar ke kilang adalah yang benar- benar telah masak dan sesuai untuk dibuat perahan.


    PENSTERILAN
    BTS diletakkan ke dalam bekas/ gerabak logam sebelum dimasukkan ke dalam alat pensterilan. Proses ini dilakukan untuk meneutralkan enzim dan melembutkan buah supaya senang buah sawit lerai dari tandan sawit. Pennsterilan juga dapat membunuh mikroorganisma.


    BTS yang dikeluarkan dari mesin.


    PENANGGALAN
    BTS dimasukkan ke dalam mesin pemisah. Buah sawit akan terpisah dari tandannya. Btb yg telah dipanaskan akan menjadi lembut dan senang untuk dileraikan dar tandan sawit. 

    PENCERNAAN/ PENGHANCUAN
    Buah kelapa sawit akan dihancurkan dan dicernakan oleh mesin pencernaan yang mempunyai bilah tajam yang berputar. Tindakan bilah yang berputar ini akan memisahkan bahagian sabut dengan tempurung dari isirung.


    PROSES PENAPISAN MINYAK KELAPA SAWIT

    Buah akan dipanaskan dan eksokarpa (kulit) akan dihancurkan dalam mesin penghancuran. Mesokorpa akan dipisahkan daripada endokarpa dan isirung.

    PEMERAHAN
    Mesokarpa akan diperah untuk mengeluarkan minyak sawit mentah dalam mesin pengekstrakan. Isirung diasingkan daripada endokarpa sebelum minyak isirung mentah diekstrak.



    PENJERNIHAN & PENULENAN
    Bahan pepejal terampai dan kekeruhan akan dibuang semasa proses penjernihan. Minyak kelapa sawit mentah yang mengandungi air, bahan serat dan bahan sampingan perlu dituras dan dirawat terlebih dahulu dengan menggunakn asid fosforik untuk menghilankan kotoran. Steam kemudian dialirkan melalui minyak untuk menyingkirkan asid yang boleh minyak berasa masam. Minyak sawit dialirkan melalui karbon teraktif untuk menyingkirkan warna.


    PENAPISAN & PEMECAHAN

    Minyak sawit mentah ditapis dan membentuk minyak yang diluntur dan dinyah bau. Pengasingan memisahkan olein dan stearin.






























































































































































































































































































































    1 ulasan:

    1. saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.

      BalasPadam

    Bahan Pembelajaran dan Pemudah Caraan

    POLIMER SEMULAJADI