Isnin, 7 Mei 2018

LEMAK DAN KESANNYA

4.3 Menganalisa lemak dan Kesannya kepada kesihatan
  • memberikan contoh lemak,
  • menyatakan sumber lemak,
  • menyatakan unsur-unsur yang terdapat dalam lemak,
  • menyatakan maksud lemak tepu,
  • menyatakan maksud lemak tak tepu,
  • membanding danmembezakan antara lemak tepu dengan lemak tak tepu,
  • menerangkan dengan contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tepu ke atas kesihatan,
  • menerangkan dengan contoh kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tak tepu ke atas kesihatan
4.3 Lemak dan Kesannya Terhadap Kesihatan

Lemak
  • Lemak ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen.
  • Lemak wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik dikenali sebagai minyak. Lemak tumbuhan biasanya wijud dalam bentuk cecair. Contoh minyak ialah minyak soya, minyak sayur, minyak zaitun dan minyak jagung.
  • Pepejal pada suhu bilik biasanya berasal daripada lemak haiwan. Contoh lemak ialah lemak dalam daging, mentega, minyak sapi, keju dan marjerin.
  • Lemak terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:- Lemak tepu dan  Lemak tak tepu

Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu
  • Lemak haiwan ialah lemak tepu manakala lemak tumbuhan ialah lemak tak tepu.

     Lemak tepu

  • Nisbah antara bilangan atom hidrogen dengan bilangan atom karbon adalah tinggi berbanding dengan lemak tak tepu.
  • Bilangan atom hidrogen adalah maksimum dan tidak boleh menerima atom hidrogen tambahan lagi. 
  • Ikatan ganda dua tidak wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak.

        Lemak tak tepu

  • Boleh menerima atom hidrogen tambahan kerana ikatan ganda dua wujud antara atom karbon dengan atom hidrogen dalam molekul lemak
MAKLUMAT TAMBAHAN BERKENAAN LEMAK

      A.    Selalu kita mendengar perihal lemak tepu atau lemak tidak tepu. Dapatkah kita membezakan          diantara kedua-dua jenis lemak ini?

      Lemak dapat digolongkan dalam 3 jenis iaitu:-
                     I.   lemak tepu
                   II.  lemak tidak tepu
                  III.   lemak trans
  • Pada suhu bilik, lemak tepu dan lemak trans berbentuk pepejal sedangkan lemak tidak tepu berbentuk cair , contohnya minyak sayur. 
  • Sifat lemak tepu dan lemak trans banyak membawa kolesterol LDL dalam darah yang mengakibatkan plat melekat pada saluran pembuluh darah yang akhirnya akan mengganggu sistem peredaran darah dan bekalan oksigen dalam tubuh kita. 
  • Oleh kerana itu , kedua-dua jenis lemak tersebut sering dikenali sebagia lemak jahat. Lemak tidak tepu yang membawa lebih sedikit kolesterol dan lemak di dalam darah.

       Lemak Tepu 


Lemak tepu mudah dikenali dari bentuknya yang padat atau pepejal pada suhu bilik seperti lilin dan banyak dijumpai pada produk yang berasal dari haiwan seperti daging merah , mentega , atau tenusu asli . Pada sumber tumbuh- tumbuhan , ia didapati pada minyak kelapa dan minyak sawit .

Lemak tepu mempunyai sifat yang boleh menganggu tubuh iaitu mengandungi kolestrol yang boleh memekatkan darah sehingga mudah mendap dan melekat pada dinding pembuluh darah dan boleh mengganggu peredaran darah dalam tubuh .

Lemak tepu juga mudah melekat pada dinding saluran darah dan boleh mengakibatkan pengerasan dinding pembuluh darah .Oleh kerana peredaran darah dan oksigen terganggu, mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tepu yang tinggi berisiko kepada seperti penyakit jantung, darah tinggi dan stroke.

      Lemak Tidak Tepu


  • Lemak tidak tepu ini biasanye akan cair pada suhu bilik , tetapi boleh berubah menjadi padat jika disimpan di dalam tempat sejuk beku. banyak terdapat dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti minyak sayur ( minyak Zaitun , minyak bunga Matahari , minyak bijan ,minyak kacang soya , kacang ) dan Avocado. Juga banyak dijumpai pada sumber protein seperti Ikan salmon.
  • Lemak jenis ini dikenali sebagai lemak baik kerana sifatnya yang baik di mana kandungan kolesterol LDL yang dimilikinya kurang berbanding yang terdapat dalam lemak tepu .Menurut kajian ia boleh meningkatkan antibodi pada tubuh , menurunkan kolesterol LDL ,dan menurunkan risiko serangan jantung .
  • Lemak tidak tepu boleh dikategorikan dalam 2 jenis yakni :-
  1. lemak tidak tepu tunggal ( mono - unsaturated fatty acids ) dan
  2. lemak tidak tepu ganda ( poly - unsaturated fatty acids )

Asid lemak tidak tepu tunggal Boleh didapati pada minyak Zaitun, minyak kacang, dan minyak Canola, Avokado, dan sebahagian besar kekacang. 

Asid lemak tidak tepu ganda 
Boleh didapati pada minyak jagung , minyak biji bunga Matahari , dan minyak kacang soya .

Asid lemak tak tepu mempunyai ikatan atom karbon kembar yang mudah terurai dan bertindak balas dengan sebatian lain , sehingga mendapatkan komposisi yang stabil berupa asid lemak tepu.


Semakin banyak jumlah ikatan pasangan itu ( poly - unsaturated ) , semakin mudah bertindak balas /berubah menjadi minyak tersebut. Minyak dengan asid lemak tak tepu adalah lebih baik dimakan begitu sahaja seperti minyak zaitun.

Apabila digunakan untuk memasak , boleh digunakan untuk masakan bertumis kerana kepanasan nya tidak berlangsung lama . Jika digunakan untuk menggoreng , asid lemak tidak tepu lebih mudah membentuk lemak trans yang berbahaya kerana sifatnya yang mudah bertindak balas . Selain itu , penggunaannya tidak boleh melebihi 4 gram sehari.

Lemak Trans

Lemak trans berasal dari lemak tidak tepu yang mengalami proses pemadatan dengan teknik hidrogenisasi separa yang menyebabkan perubahan konfigurasi ikatan kimia lemak itu .


Akibatnya lemak tidak tepu yang umumnya berbentuk cair, menjadi berbentuk padat dan lebih pejal.Tujuan sebenarnya adalah untuk membantu minyak sayuran yang bersifat tidak tepu menjadi lebih stabil sehingga lebih tahan terhadap reaksi kepanasan dan tetap padat pada suhu bilik .


Walaupun berasal dari lemak tidak tepu yang bersifat cecair, lemak trans ini berubah sifatnya kerana proses hidrogenisasi tadi . Lemak jenis ini menjadi tidak berbeza dengan lemak tepu kerana sifatnya yang meningkatkan kolesterol LDL dan menurunkan kadar kolesterol LDL . Produk dari lemak trans salah satunya berupa margarine yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita .    
       
Kesan Pengambilan Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu kepada Kesihatan Kita
  • Penggunaan lemak tepu yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Ini kerana lemak tepu yang kaya dengan kolesterol.
  • Penggunaan lemak tepu (lemak haiwan) yang berlebihan boleh menyebabkan pemendapan kolesterol dalam saluran darah yang boleh menyebabkan:
  1. Strok
  2. tekanan darah tinggi
  3. serangan jantung
  • Sebaliknya, penggunaan lemak tak tepu adalah baik untuk kesihatan.
  • Lemak tak tepu boleh menurunkan kepekatan kolesterol dalam darah. Ini boleh mengurangkan risiko tekanan dan serangan jantung darah tinggi.
  • Lemak tak tepu berkeupayaan menyerang dan meneutralkan kolesterol lemak tepu dan membawanya ke hati untuk diuraikan.




       Persamaan dan Perbezaan antara Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu

Ciri-ciri
Lemak tepu
Lemak tak tepu
Unsur
Karbon, hidrogen dan oksigen
Sumber
Lemak haiwan
Lemak tumbuhan
Keadaan dalam suhu bilik
Pepejal
Cecair
Takat cair
Tinggi
Rendah
Bilangan atom hidrogen
Lebih
Kurang
Kandungan kolesterol
Tinggi
Hampir tiada
Kesan ke atas kesihatan
Kesan buruk
Kesan bagus
Contoh
Lemak ayam
Minyak zaitun














Kesan memakan makanan yang kaya dengan lemak tak tepu ke atas kesihatan

  1. Melindungi Daripada Penyakit Jantung
  2. Memperbaiki Sensitiviti Terhadap Insulin dan Membantu Badan Menggunakan Lemaknya dengan Betul
  3. Membantu Menurunkan Berat Badan
  4. Memperbaiki “Mood” Anda
  5. Menguatkan Tulang
  6. Mengurangkan Risiko Barah


Sumber lemak monotaktepu ialah:-
  • Buah zaitun
  • Minyak zaitun dara ekstra
  • Avokado
  • Badam
  • Kacang
  • Gajus
  • Minyak biji teh
  • Telur
  • Daging









1 ulasan:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Bahan Pembelajaran dan Pemudah Caraan

POLIMER SEMULAJADI