Khamis, 3 Mei 2018

STRUKTUR ATOM

1. Zarah- zarah sub atom terdiri daripada :-
  • Proton, yang bercas positif +ve
  • Elektron, yang bercas negatif - ve
  • Neutron, yang tidak mempunyai cas
Proton dan neutron berada di dalam nukleus suatu atom. Sedangkan elektron terus berputar mengelilingi nukleus suatu atom dalam orbitnya. Semua elektron bermuatan negatif (-) dan semua proton bermuatan positif (+) . Sementara itu neutron bermuatan neutral. Elektron bermuatan yang bermuatan negatif (-) ditarik oleh proton yang bermuatan positif (+) pada pusat / nukleus atom.


Atom Neutral 
Suatu atom dikatakan neutral apabila atom tersebut mengandungi bilangan proton yang sama banyak dengan bilangen elekton yang mengelilingi  nukleus atom.
Atom Bercas
Suatu atom dikatakan bercas apabila atom tersebut mengandungi bilangan proton atau bilangan elektron yang tidak seimbang atau bilangan proton dan bilangan elektron yang berbeza darisegi jumlahnya. Suatu atom boleh menjadi positif apabila bilangan proton ditambah pada atom tersebut atau elektron dikeluarkan dari atom tersebut, dan begitulah sebaliknya.

Atom bercas positif terjadi apabila bilangan proton melebihi bilangan elektron dalam atom tersebut. Maka atom tersebut dikenali sebagai atom  positif/ ion positif.

Atom bercas negatif terjadi apabila bilangan elektron melebihi bilangan proton dalam atom tersebut. Maka atom tersebut dikenali sebagai atom  positif/ ion positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bahan Pembelajaran dan Pemudah Caraan

POLIMER SEMULAJADI