Ahad, 6 Mei 2018

ALKOHOL

4.2 Menganalisa alkohol dan kesannya kepada kesihatan
  • menyatakan unsur yang terdapat dalam alkohol,
  • memberi contoh alkohol,
  • memerihalkan proses penghasilan alkohol,
  • menyatakan ciri umum alkohol,
  • menyenaraikan kegunaan alkohol,
  • menerangkan dengan contoh kesan alkohol terhadap kesihatan

Alkohol

Alkohol ialah sebatian karbon organik yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen sahaja. Antara contoh alkohol ialah:-



Proses penghasilan alkohol

Alkohol boleh dihasilkan melalui proses yang dikenali sebagai proses penapaian. Melalui proses penapaian ini, bahan yang bersumberkan karbohidrat seperti gula kanji dan apa- apa sahaja bahan yang mengandungi boleh digunakan untuk membuat alkohol.

Gula yang dicampurkan dengan dengan yis akan di letakkan ditempat gelap pada suhu bilik selama 4 hingga 7 hari, glukosa mula ditukar kepada alkohol melalui proses penapaian. Yis akan menghasilkan sejenis enzim yang dikenali sebagai zymase, yang akan mencernakan gula kepada alkohol dan gas karbon dioksida dibebaskan. Melalui proses anaeobik,


Walau bagaimanapun alkohol yang dihasilkan  tidaklah tulen. Ini kerana alkohol yang dihasilkan masih mengandungi kandungan air.


Alkohol yang bercampur dengan kandungan air boleh di asingkan dengan melakukan kaedah penyulingan.

Alkohol dan air yang bercampur akan dimasukkan kedalam kelalang separuh bulat untuk didihkan. Campuran tersebut akan dimasukkan sedikit dengan porselin yg dihancurkan ini bertujuan supaya larutan tersebut tidak membuak ketika dididihkan.

Alkohol mula mendidih pada suhu 78oC. Sementara air suling hanya akan mendidih pada suhu 100oC. Ini bermakna alkohol akan mendidih dahulu berbanding dengan air suling. Wap- wap alkohol akan melalui kondenser Liebig dan akan mula terkondensasi. Titisan alkohol yang terhasil akan dikumpulkan di dalam bikar yang diletakkan pada muncung kondenser.

Tujuan:-
  • Termometer; menyukat suhu didihan
  • Porselin :- Mengurangkan pembuakan berlaku semasa proses pemanasan.
  • Kondenser Liebeg :- Menyejukkan wap alkohol.
  • Bikar :- Menadah hasil turasan.
Alkohol yang disuling masih ada sedikit wap air, namun masalah ini boleh di atasi dengan memasukkan ketulan kalium klorida kontang. Kalium klorida kontang akan menyerap kandungan air yand terdapat dalam alkohol.

SIfat- sifat umum alkohol

  • Neutral
  • Larut dalam air
  • Bau yang kuat
  • Cecair tidak berwarna
  • Pelarut organik yang baik
  • Pembakaran yang dan menghasilkan api biru tanpa jelaga
  • Pembakaran dengan oksigen berlebihan menghasilkan karbon dioksida dan air
  • Takat lebur dan takat didih yang rendah menyebabkan ia mudah terbakar di udara mudah tersejat
  • Bertindak balas dengan asid organik seperti asid etanoik untuk menghasilkan ester, cecair dengan wangian berbau manis. Asid sulfurik pekat ditambah sebagai pemangkin. Tindak balas yang berlaku yang dikenali sebagai tindak balas pengesteran.
         
Kegunaan Alkohol
Bahan api


  • Boleh digunakan sebagai bahan api kerana ia menghasilkan pembakaran bebas jelaga
  • Boleh digunakan sebagai bahan api pembakaran dalam lampu minyak
  • Digunakan sebagai bahan api kenderaan di Brazil
Ubat-ubatan


  • Digunakan untuk melarutkan iodin untuk menyediakan larutan iodin (antiseptik) untuk disapu pada luka
  • Digunakan untuk membunuh kuman sebelum suntikan yang diberikan
  • Sesetengah ubat batuk (cecair) mengandungi etanol
Kosmetik
  • Digunakan dalam pembuatan kosmetik seperti minyak wangi, losyen bercukur, kuku varnis dan pelembap kulit
Perisa makanan tiruan
  • Ester digunakan untuk menghasilkan perasa tiruan seperti oren dan strawberi dalam makanan seperti ais krim
Pelarut
  • Digunakan sebagai pelarut untuk varnis dan dakwat percetakan
Minuman beralkohol
  • Etanol digunakan untuk membuat minuman keras seperti bir dan wain

Kesan Alkohol Kepada Kesihatan Kita

Pengambilan alkohol secara berlebihan boleh mengurangkan daya ingatan, menggangu koordinasi saraf, mabuk, mengurangkan tumpuan dan melambatkan tindak balas serta menjejaskan keimunan terhadap jangkitan penyakit.

  • Sirosis hati ialah penyakit hari yang menyebabkan ulser perut dan malnutrisi akibat daripada pengambilan alkohol secara berlebihan.
  • Malnutrisi berlaku kerana seseorang sentiasa berasa kenyang dan tidak mengamalkan gizi seimbang selepas minum alkohol secara berlebihan.
  • Wanita yang mengambil alkohol semasa mengandung akan membahayakan fetus dalam kandungan kerana bayu mungkin dilahirkan dengan masalah-masalah fizikal dan psikologi.
  • Jadual dibawah menunjukkan kesan buruk pengambilan alkohol dengan dos yang berlainan.
  • Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan sirosis hati dan hepatitis.
  • Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.
  • Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh menyebabkan kematian.

Jadual menunjukkan kesan pelbagai peringkat alkohol ke atas peminum yang lain:

Dos rendah
Dos sederhana
Dos tinggi
merangsang otak dan memanaskan badan
bertutur dengan tidak jelas
muntah
Menenangkan otak
emosi terganggu
sesak nafas
mengurangkan daya tahan diri dari segi fizikal dan emosi
berasa pening
pengsan/koma
mengurangkan tumpuan
mengganggu koordinasi saraf
melambatkan tindakan refleks

Tahap kepekatan alkohol darah
Kesan
0.02
Menjadi lebih sosial
0.03
Merasai kegairahan
0.05
koordinasi otot menjadi kurang berkesan
0.1
kegagalan mengawal koordinasi otot
0.3
Tidak mampu untuk berjalan dengan betul, mengantuk dan muntah
0.4
Pitam / hilang kesedaran
0.5
Pernafasan dan degupan jantung terganggu, akan menyebabkan kematian

Kesan alkohol terhadap anggota badan manusia
Otak
  • Bertindak sebagai depresen dan memberi kesan kepada bahagian-bahagian yang mengawal emosi
Hati
  • Deposit lemak di dalam hati yang menyebabkan keradangan, pengerasan dan parut hati
Buah pinggang
  • Air yang diserap semula berkurangan. Terlalu banyak air dikumuhkan, ini menyebabkan badan mengalami dehidrasi
Mulut
  • Peminum alkohol tegar kemungkinan akan menghidapi kanser lidah dan esofogus
Ovari
  • Di kalangan wanita hamil, ia boleh menyebabkan bayi dilahirkan dengan Sindrom Foetal Alkohol. Bayi dengan sindrom ini mungkin mempunyai kepala kecil, berat lahir yang rendah dan kecacatan mental.
Testis
  • Merangsang organ seks tetapi kemungkinan tidak berfungsi. Jumlah sperma boleh dikurangkan.

Eksperimen :-

1. Penghasilan Alkohol, Ujian Sifat Alkohol




3 ulasan:

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia,
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
    Whatshapp : +85515373217

    BalasPadam
  2. We are black hat...our guild world (**** ERROR)...we ready to war!!...WÉ HÅVĖ IN ÈVÈŘÝWHŘĔ

    BalasPadam

Bahan Pembelajaran dan Pemudah Caraan

POLIMER SEMULAJADI